Masuk hari ini sudah 4 hari dikau tiada. Siti. Siti Sarah, sahabatku 😔
It breaks my heart that u were taken so unexpectedly😭,your memories will never be forgotten!!! My dear friend @sitisarahraissuddin , May your soul Rest In Peace ❤️
Lebih sedekad sudah kami bersahabat. Masih ku ingat lagi moment pertama kali kami berjumpa. Waktu itu tahun 2004. Kami berjumpa untuk performance rehearsal for the TV’s big show. Kami borak lama betul waktu tu cause surprisingly, we can click to each other so cepat! Since 10 tahun lepas kami banyak buat performances sama-sama, berjumpa di bermacam-macam event.
Siti, seorang yang sangat baik hati, tak pernah berkira dengan orang sekeliling dan kelakar (I swear, she’s really funny). Tiap saat bersama dia, I tak pernah tak happy.
End of 2019, lepas habis satu event tu, kami sempat borak-borak sekejap and you asked me to call you when I’m not busy. Unfortunately, I was soooo busy back then utk prepare my 2020 CNY album and taking care of my elderly mom. Kami even dah janji untuk berjumpa lepas everything’s settled down. Elok sahaja bulan March, Malaysia dah lock down. No event, no singing performance dan no freedom catching up session we can do 😭
Tunggu punya tunggu, hmmm sekarang semuanya berubah. Betullah orang cakap, manusia hanya merancang, Tuhan menentukan. Sekarang, she’s dah tiada.. Sukar untuk saya menerimanya, namun itulah hakikatnya.
Sejujurnya, sukar utk saya luahkan semua ini. Dah 4 hari saya berperang dengan diri sendiri. Sejak Isnin itu, saya bangun saya terfikir, saya nak tidur saya terfikir, saya duduk sorang-sorang saya terfikir, even saya makan pun saya terfikir. Memikirkan apa yang telah terjadi dan betapa terkilannya saya tak sempat berjumpa dia 😔
Waktu Siti admitted in ICU, saya berdoa dan terus berdoa agar Siti diberikan kekuatan dan kembali sihat. Namun, Tuhan lebih menyayanginya. Hmmm, tenanglah kamu di sana wahai sahabatku…Sesungguhnya dikau seorang yang baik dan sentiasa menyenangkan. Dirimu tiada galang gantinya. Akan ku sentiasa kirimkan doa buatmu di sana, sahabtku Siti ❤️
Salam takziah juga buat @shuibsepahtu dan keluarga 😔 Heartfelt condolences to you & your family